0 komentar

KATA MUTIARA

* Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yg serendah-rendahnya. Membalas
kejahatan dengan kejahatan, bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan
kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita
kemanusiaan yg setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu
bertumbuh.

* Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

* Tiada siapa paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerena setiap yg pandai
itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

* Kata Kata Mutiara Cinta, Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya.
Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

* Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa berlaku hari ini, tetapi hari
ini masih boleh mengubah apa akan terjadi pada hari esok.

* Memaafkan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati
kita. Tetapi hanya dengan memaafkan kita akan dapat mengubati hati yang telah
terluka. maaf diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala
parut luka emosi

* Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda
kita gembira melihat insan kita sayangi beroleh bahagia

* Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

* Kata Kata Mutiara Cinta, Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak
dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

* Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan
lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yg dideritainya.

* Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan
hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

* Jembatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi
penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah

* Pemimpin berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang
lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang lebih bawah
daripadanya.

* Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak
bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.

* Sesuatu kebaikan, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum
tentu bagus.

* Kawan sejati ialah orang yg mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-
benarnya ia itu baik dan burukmu.

* Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

* Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang
manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW

* Kata Kata Mutiara Cinta, Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab
keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna
kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yg dapat membuatmu tersenyum,
kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

* Barangsiapa yang hari ini sama dengan kemarin, maka tertipulah dia, dan
barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.

* Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa

* Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada
orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana
amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa

* Kata Kata Mutiara Cinta yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

* Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan
ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

* Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

* Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika
anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

* Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau setitik kegembiraan yang anda
miliki itu kepada teman anda.

* Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan
manisnya dalam hati…

* Orang yang berkhianat selalu terhina. Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh
kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan
daripadanya -Emerson

* Kata Kata Mutiara Cinta, Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika
anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga Nilai
manusia adalah semahal nilai matlamatnya. – Marcus Aurelius

* Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan

* Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia
yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.

* Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika
berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika
kuat – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

* Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang
boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincol

* Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu
belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya – Confucius

* Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat
menyukai pekerjaan yang dilakukan.

* Kata Kata Mutiara Cinta, Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri
sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani
seperti singa -Goethe

* Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa
berita tentang dirimu kepada orang lain.

* Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.

* Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan
agama.

* Setiap bunga mawar pasti ada durinya. Dari kesusahan itu akan diperolehi
kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit
manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

* Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam
hidupnya.

* Kata Kata Mutiara Cinta, Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan
kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan
dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita
fikirkan

* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan. Dunia
ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya
hidup bahagia di dunia dan akhirat (freesmsc.wordpress.com).
LANJUTKAN.....!!!

0 komentar

KATA2 MUTIARA

* Musuh yang paling berbahaya di atas dunia ini adalah penakut dan bimbang. Teman yang paling setia, hanyalah keberanian dan keyakinan yang teguh. - Andrew...

* Cinta tanpa maaf hanya akan menyisakan luka

* Jika engkau berani mengatakan cinta, bersiaplah untuk merayu hatimu. Jangan biarkan hatimu mengkerut karena cemburu

* Mata tidak bisa menilai kebenaran nurani, hanya hati yang penuh dengan cinta bisa merasakannya. Maka ketika hatimu penuh dengan rasa curiga matamu akan menilai semua yang salah seakan – akan benar

* Cinta sejati hanya ada pada hati yang rela berkorban untuk kebahagiaan orang yang dia cintai, Walau dia harus tersakiti karenanya

* Tak ada cinta tanpa cemburu, tak ada cemburu karena cinta. Cemburu lahir dari ketakutan dihianati, ketakutan miliknya diambil orang, bukankah cinta tak mesti memiliki?, mengapa harus cemburu? LANJUTKAN.....!!!